Soalan Lazim

Soalan -Soalan Lazim (FAQ) Terhadap Sistem MyExcise Yang Akan Dilaksanakan Pada 13 Mac 2023

Sistem MyExcise adalah sistem online yang disediakan untuk kemudahan pelesen dan pengilang eksais bagi mendaftar syarikat, memohon lesen eksais, dan mengikrar Borang Eksais No. 7 dan 8, serta membuat pembayaran duti eksais tempatan secara online.

Pengguna sistem MyExcise adalah pelesen, pengilang eksais dan pegawai JKDM.

Sistem MyExcise boleh didapati di Portal Rasmi JKDM http://www.customs.gov.my pada menu ePerkhidmatan / eServices dan pilih ikon MyExcise.

Sistem ini akan dilaksanakan pada 13 Mac 2023.

Modul yang terdapat di dalam Sistem MyExcise adalah :

  1. Application (Customs Account, Company, Licence, Guarantee)
  2. Licence Registration (Licence, Finished Goods, Raw Material, User Administration)
  3. Excise 7 (General Goods, Sweetened Beverages, Vehicle)
  4. Excise 8 (General Goods, Sweetened Beverages, Vehicle)
  5. Assembly Plant (Vehicle Only)
  6. Payment
  7. Maintenance
  8. Report

Borang Eksais No. 7 dan 8 secara manual boleh digunakan sehingga 10 Mac 2023.

Tarikh akhir untuk pegawai JKDM melengkapkan transaksi pengikraran Eksais No. 7 serta aktiviti pelesenan di Sistem Maklumat Kastam adalah pada 10 Mac 2023.

Untuk borang Eksais 7 yang masih belum selesai pembayaran duti eksais setelah migrasi data dilaksanakan, pegawai State Champion boleh menasihatkan pelesen untuk membuat pengikraran baru di Sistem MyExcise pada bulan Mac 2023.

Pengikraran Eksais No. 7 dan 8, dan pembayaran duti eksais tempatan bagi kenderaan tidak boleh menggunakan Sistem MyExcise. Walaubagaimanapun, pengikraran Eksais No. 7 dan 8, dan pembayaran duti eksais tempatan bagi kenderaan untuk Sistem MyExcise akan dilaksanakan bermula Jun 2023.

Pengguna perlu mendaftar di Portal MyExcise https://www.myexcise.customs.gov.my/myexcise  menggunakan emel yang aktif untuk mendapatkan temporary User ID.

Setelah sistem Go Live pada 13 Mac 2023, pegawai State Champion yang merupakan pegawai Eksais Negeri yang dilantik bertanggungjawab untuk memastikan pegawai Eksais Negeri dan pelesen berdaftar dan boleh mengakses Sistem MyExcise.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Portal MyExcise di laman sesawang https://myexcise.customs.gov.my/ Pihak tuan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Kastam (Customs Call Center) di talian 1-300-88-8500 (Pertanyaan Umum) atau e-mel ccc@customs.gov.my