Dimaklumkan Bahawa Aktiviti Penyelenggaraan Berjadual sistem Maklumat Kastam akan diadakan pada ketetapan berikut;
Tarikh : 23 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang hingga 10.00 Malam
Tempoh : 8 jam
Oleh yang demikian, Sistem Maklumat Kastam dan sistem lain yang berkaitan iaitu Sistem Malaysia Excise Duty (MyExcise), Sistem Malaysia Sales & Service Tax (MySST) dan Sistem Authorised Economic Operator (AEO) akan turut mengalami downtime dan tidak dapat membuat sebarang transaksi semasa aktiviti ini dijalankan.
Adalah dipohon semua pengguna berkaitan dapat menguruskan transaksi lebih awal bagi memastikan tiada sebarang masalah semasa tempoh penyelenggaraaan tersebut.
Sekian untuk makluman.