Pengenalan Minuman Bergula
Permohonan Lesen Eksais
Pergerakan Barang
Kaedah Kawalan
Tatacara Carian Makmal
Tatacara Menuntut Pengecualian Bagi Pengimport Dan Pelesen
Soalan Lazim
Pengenalan Minuman Bergula
Pengenalan Minuman Bergula
Pengenalan Minuman Bergula
Apakah itu Minuman Bergula
Mengapa Duti Eksais Ke Atas Minuman Bergula Diperkenalkan
- Mengurangkan kebolehdapatan minuman bergula di pasaran terutamanya kanak-kanak sekolah.
- Salah satu langkah ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
- Kawalan terhadap masalah obesiti dan Non-Communicable Diseases (NCDs).
- Menteri Kewangan melalui pembentangan bajet 2019 telah mengumumkan pengenaan duti eksais ke atas minuman bergula.
Kadar dan Tarikh Kuatkuasa
- Fruit Juices di bawah kepala 2009
- Air Minuman di bawah kepala 2202
- Sedia untuk diminum tanpa mengikut bentuk pembungkusan
- Bermula 1 Julai 2019
- Kadar RM 0.40 Seliter
Produk minuman bergula yang dikenakan duti eksais
Kepala Kod Tarif | Kategori | Nilai ambang total sugar | Kadar Duti Eksais | Contoh |
---|---|---|---|---|
2009 | Jus buah-buahan atau jus sayur-sayuran sama ada mengandungi gula tambahan atau mengandungi bahan pemanis yang lain | >12 gram/100ml | RM 0.40/liter | Jus Oren, Jus Limau |
2202 | Minuman bergas, minuman tidak-beralkohol kecuali produk minuman berasaskan susu haiwan | >5 gram/100ml | RM 0.40/liter | Minuman Cola, Minuman Bertenaga Minuman Bergas |
2202 | Minuman berasaskan susu haiwan | >7 gram/100ml | RM 0.40/liter | Minuman susu berperisa coklat |
Mekanisma pengenaan Duti Eksais ke atas produk minuman bergula
- Produk minuman bergula yang kandungan gulanya di atas threshold yang ditetapkan akan dikenakan duti eksais.
- Produk minuman bergula yang sedia untuk diminum (ready to drinks).
- Produk minuman bergula yang tidak termasuk dalam kategori di atas akan diberikan pengecualian di bawah Perintah Duti Eksais (Pengecualian)(Pindaan) (No. 2) 2019.
Total sugars
- Threshold kandungan gula adalah berdasarkan jumlah gula keseluruhan (total sugars) yang ada dalam minuman tersebut.
- Sama ada gula tersebut wujud secara semulajadi atau ditambah.
- Jumlah kandungan gula adalah merujuk kepada semua monosakarida dan disakarida yang terkandung dalam makanan dan minuman sama ada secara semula jadi atau ditambah. Contoh gula: Fruktosa, glukosa, sukrosa, laktosa, maltosa dan sebagainya.
- Total sugars hendaklah dinyatakan pada label minuman setiap bungkusan.
Label Kandungan Gula dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
- Produk minuman bergula hendaklah dilabelkan seperti yang telah ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
- Kandungan total sugars hendaklah dinyatakan dengan jelas pada label tersebut.
- Untuk menikmati pengecualian duti pengimport/ pengilang hendaklah menyertakan sijil dari makmal yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.
- JKDM berhak mengambil dan menghantar sampel ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.
Permohonan Lesen Eksais
Tatacara Permohonan Lesen Eksais Produk Minuman Bergula
Pengenalan Permohonan Lesen Eksais Produk Minuman Bergula
- Lesen Eksais di Bawah Seksyen 20, Akta Eksais 1976
- Kilang-kilang dalam negara yang mengilang barangan berduti eksais perlu dilesenkan di bawah seksyen 20, Akta Eksais 1976.
- Pengilang hendaklah memohon untuk dilesenkan kepada pegawai kanan eksais yang menjaga daerah dimana premis berada.
- Lesen Eksais di Bawah Seksyen 25, Akta Eksais 1976
- Gudang penyimpanan barang berduti eksais perlu dilesenkan di bawah Seksyen 25, Akta Eksais 1976. Pelesen yang telah dilesenkan di bawah Seksyen 20, tidak perlu memohon lesen gudang di bawah Seksyen 25 sekiranya gudang tersebut berada di premis yang sama.
Tatacara Permohonan Lesen Produk Minuman Bergula
-
Permohonan hendaklah dikemukakan oleh:
- Pemilik Tunggal/Perkongsian – oleh Pengkongsi
- Syarikat – oleh Pengarah
- Permohonan hendaklah dimajukan kepada pegawai kanan Eksais yang menjaga daerah.
-
Pastikan salinan dokumen-dokumen berikut disertakan dalam 2 salinan:
- Surat Rasmi Permohonan Lesen Eksais Untuk Mengilang Minuman Bergula
- Borang Permohonan Am Untuk Lesen – Borang JKDM1
- Salinan Sijil / Lesen Perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan / Syarikat
- Memorandum and Articles of Association (MMA)
- Salinan Lesen Pengilangan di bawah Akta Penyelaran Perindustrian 1975 (jika berkaitan)
- Senarai Mesin dan Jentera Yang Digunakan
- Senarai Barang Siap, Brand, Packaging
- Nisbah Input / Output (gula)
- Carta Aliran Pengilangan
-
Salinan Plan yang menunjukkan tapak bina / susunan premis / susunan jentera dan tandakan ruang-ruang berikut:
- Ruang pengilangan (Kuning)
- Kawasan yang dilesenkan (Garis Merah)
- Ruang sisa (Jingga)
- Ruang Mesin (Coklat)
- Surat Kelulusan Bomba
- Surat Kelulusan Jabatan Alam Sekitar
- Contoh Tandatangan Pegawai Yang Diberikuasa Untuk Berurusan Dengan JKDM
Jaminan Bank
RM 21,000.00 (Jumlah Duti Eksais Setahun) x 15%
12
*Tujuan : untuk menjamin keselamatan hasil negara
Bayaran Lesen
Tempoh Pelesenan
- Tempoh pelesenan adalah 1 tahun hingga 2 tahun.
- Pelesenan hendaklah bermula dari 1 haribulan setiap bulan.
- Contoh : 1 Julai 2019 hingga 30 Jun 2020.
Ke manakah permohonan perlu dihantar?
Pembaharuan Lesen
- Permohonan pembaharuan lesen hendaklah dikemukakan 3 bulan sebelum lesen tamat. Permohonan hendaklah dibuat dalam 3 salinan kepada pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang menjaga daerah di mana kilang/premis berada.
- Permohonan yang layak akan diperbaharui untuk tempoh 1 tahun atau maksimum 2 tahun.
Pengecualian dari pelesenan
- Pengilang berlesen di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967.
- Mana-mana pengeluar isi rumah wain merah.
- Pengilang yang mengeluarkan barang-barang di bawah kepala 20.09 yang jumlah kandungan gulanya ialah 12 gram tiap-tiap 100 mililiter (12g/1000ml) atau kurang.
- Pengilang yang mengeluarkan minuman di bawah kepala 22.02 yang jumlah kandungan gulanya ialah 5 gram tiap-tiap 100 mililiter (5g/100ml) atau kurang.
- Pengilang yang mengeluarkan minuman di bawah kepala 2202, yang berasaskan susu sebagaimana yang dinyatakan di bawah Bab 4, yang jumlah kandungan gulanya ialah 7 gram tiap-tiap 100 mililiter (7g/1000ml) atau kurang.
- Rujuk Perenggan 3, Perintah Eksais (Pengecualian Daripada Pelesenan) 2019.
Pergerakan Barang
Pergerakan Barangan Berduti Eksais Bagi Produk Minuman Bergula
Pengikraran Produk minuman bergula Berduti Eksais & Pembayaran Duti Eksais
- Barang – barang yang akan dikeluarkan dari kilang hendaklah diikrar dalam Borang Eksais No. 7 (E7)
- Sediakan cek / bank deraf atas nama Pengarah Kastam Negeri untuk tujuan pembayaran duti eksais minuman bergula
- Pembayaran di kaunter juruwang JKDM di stesen yang mengawal kilang
- Resit pembayaran akan dicetak atas E7
- Barang – barang hanya boleh dikeluarkan dari kilang/gudang setelah duti eksais minuman bergula dibayar
Pemindahan Produk minuman bergula Dengan Sekuriti
- Pemindahan ke Gudang Berlesen, Kedai Bebas Cukai, Pulau Bebas Cukai adalah dibenarkan di bawah suatu Jaminan Bank menggunakan Borang Eksais No. 8 dan barangan hendaklah diakui terima oleh stesen penerima dan sekiranya barangan tidak dapat diakaunkan atau tidak diterima bayaran duti perlu dijelaskan.
- Pemindahan dari kilang atau gudang untuk tujuan eksport adalah dibenarkan di bawah suatu Jaminan Bank menggunakan Borang Eksais No.8 ke stesen eksport dan perlu diikrar dalam Borang K2 di stesen eksport.
Carta pergerakan barangan berduti eksais minuman bergula dan borang-borang yang digunakan.
E8 : Borang Eksais No. 8
- Pemindahan Barangan Berduti Eksais minuman bergula dari kilang ke Gudang Berlesen, Kedai Bebas Cukai, Pulau Bebas Cukai dan tidak perlu membayar duti eksais.
- Stesen penerima hendaklah mempastikan bahawa penerimaan tersebut diakui terima dan satu salinan borang dikembalikan ke stesen penghantar
E7: Borang Eksais No. 7
- Pemindahan Barangan Berduti Eksais minuman bergula yang akan dikeluarkan dari kilang ke Pasaran Tempatan dan perlu membayar duti eksais.
- Sekiranya pengecualian diberikan, butiran pengecualian hendaklah dinyatakan dalam borang Eksais No. 7 tersebut.
K2: Borang Kastam No. 2
- Pemindahan Barangan Berduti Eksais minuman bergula untuk tujuan pasaran eksport dan tidak perlu membayar duti eksais.
Kaedah Kawalan
Kaedah Kawalan Ke Atas Premis Pengilangan Dan Produk Minuman Bergula
Kawalan Ke Atas Premis
- Buku dan rekod yang diarahkan oleh Ketua Pengarah
- Bahan-bahan mentah dan bahan-bahan lain yang digunakan dalam pengilangan yang disimpan dalam premis berlesen, yang dikeluarkan untuk pengilangan dan yang disimpan dalam stok
- Keluaran separa siap atau sebahagiannya telah siap dalam pengilangan
- Sisa-sisa keluaran
- Keluaran siap yang dikilang, disimpan dan dipindahkan dari premis pengilang (Lampiran A Penyata Bulanan Eksais)
Kaedah Kawalan Produk Minuman Bergula
- Setiap bungkusan minuman bergula hendaklah dilabelkan sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
- Kandungan total sugars hendaklah dinyatakan dengan jelas pada label tersebut.
- Sijil Makmal (lab report) yang dikeluarkan oleh makmal yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM).
Kelulusan Stesen Pengawal
Laporan oleh Pelesen
- Laporan penggunaan bahan mentah (Lampiran B Penyata Bahan Mentah)
- Laporan pengeluaran barang siap (Lampiran A Penyata Bulanan Eksais)
Laporan Tahunan
- Jumlah penggunaan bahan mentah,
- Jumlah keluaran barang siap, harga barang siap, jumlah duti yang dibayar
Tanggungjawab Pelesen
- Mematuhi Akta, peraturan dan arahan Ketua Pengarah
- Mematuhi peruntukan undang-undang lain yang berkait dengan perniagaannnya
- Mempamerkan lesen ditempat yang sesuai
- Menyimpan rekod-rekod perniagaan
- Buku, rekod dan daftar hendaklah disimpan selama 7 tahun
- Membayar cukai
- Memohon dan mendapatkan kelulusan terhadap sebarang pindaan pada proses pengilangan,jenis produk, jenama, plan, bangunan, pindah milik, pindah premis, perubahan pada pemilikan, kebankrapan, pelikuidasi.
Pembayaran Duti Eksais
- Borang yang akan dikeluarkan dari kilang diikrar dalam borang Eksais 7.
- Pembayaran di kaunter Juruwang JKDM di stesen yang mengawal kilang.
- Pembayaran Cek (Beserta Jaminan Bank)/ Bank Deraf atas nama Pengarah Kastam Negeri.
- Barang-barang hanya boleh dikeluarkan dari kilang/gudang setelah duti eksais dibayar.
Tatacara Carian Makmal
Tatacara Carian Makmal Yang Diakreditasi Oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM)
Senarai makmal di bawah adalah makmal yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia untuk membuat ujikaji terhadap kandungan gula ke atas minuman bergula. Berikut adalah tatacara untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan makmal-makmal tersebut dalam laman web Jabatan Standard Malaysia.<br>
Sebagai contoh Pencarian maklumat berkaitan makmal Edtech Associates Sdn. Bhd., No. SAMM 012
Langkah 1:
Sila layari Laman Web Jabatan Standard Malaysia seperti alamat di bawah
http://www.jsm.gov.my/home
Langkah 2:
Pilih Tab “Find Accredited Organisation” untuk mencari senarai makmal yang diakreditasi.
Langkah 3:
“Key-In” No. SAMM syarikat Edtech Associates Sdn. Bhd.dalam ruangan SAMM No. (012)
Langkah 4:
Click View pada ruangan Scope untuk melihat ujian yang dijalankan oleh makmal tersebut.
Langkah 5:
Maklumat berkaitan makmal Editech Associates Sdn. Bhd. dipaparkan.
Tatacara Menuntut Pengecualian Bagi Pengimport Dan Pelesen
Tatacara Menuntut Pengecualian Bagi Pengimport Dan Pelesen
Pengimport
- Ikrar dalam Borang Kastam No. 1/ Borang Kastam No. 9
- Pastikan produk dilabelkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang menunjukkan dengan jelas kandungan total sugars dalam minuman tersebut.
- Ikrar dan bayar duti/cukai untuk produk yang melebihi nilai ambang kandungan total sugars
- Untuk menuntut pengecualian duti eksais ke atas minuman bergula yang mempunyai kandungan total sugars sama atau di bawah nilai ambang, pengimport hendaklah membuat tuntutan melalui Butiran 38 atau 39, Perintah Duti Eksais (Pengecualian)(Pindaan) 2019. Tuntutan hendaklah disertakan dengan laporan makmal (lab report) yang dikeluarkan oleh makmal yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM)
- Maklumat berkenaan makmal yang telah diakreditasi boleh diperolehi melalui portal rasmi JSM.
Pelesen
- Ikrar dalam Borang Eksais No. 7
- Pastikan produk dilabelkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang menunjukkan dengan jelas kandungan total sugars dalam minuman tersebut.
- Ikrar dan bayar duti/cukai untuk produk yang melebihi nilai ambang kandungan total sugars
- Untuk menuntut pengecualian duti eksais ke atas minuman bergula yang mempunyai kandungan total sugars sama atau di bawah nilai ambang, pengimport hendaklah membuat tuntutan melalui Butiran 38 atau 39, Perintah Duti Eksais (Pengecualian)(Pindaan) 2019. Tuntutan hendaklah disertakan dengan laporan makmal (lab report) yang dikeluarkan oleh makmal yang telah diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM)
- Maklumat berkenaan makmal yang telah diakreditasi boleh diperolehi melalui portal rasmi JSM.
Soalan Lazim
Soalan Lazim
Apakah itu Minuman Bergula?
Minuman Bergula adalah minuman yang mengandungi gula samada ianya di tambah atau wujud secara semulajadi dalam minuman tersebut. Dalam Bahasa Inggeris ia juga disebut sebagai Sweetened Beverages.
Mengapakah duti eksais ke atas minuman bergula dikenakan?
Duti Eksais ke atas minuman bergula dikenakan untuk mengurangkan kebolehdapatan serta masalah kesihatan terutamanya masalah obesiti dan penyakit tidak berjangkit (Non-Comunicable Diseases) di kalangan penduduk Malaysia.
Siapakah yang harus membayar duti eksais ke atas minuman bergula?
Duti eksais hendaklah dibayar oleh pengimport dan juga pengilang-pengilang tempatan minuman bergula.
Apakah jenis minuman bergula yang dikenakan Duti Eksais?
Minuman Bergula yang dikenakan Duti Eksais adalah minuman yang jatuh di bawah kepala 2009 dan 2202 yang mengandungi kandungan total sugars melebihi dari nilai ambang (threshold) yang ditetapkan dan sedia untuk diminum.
Apakah kadar duti eksais ke atas minuman bergula?
Duti eksais yang dikenakan ke atas minuman bergula adalah pada kadar spesifik RM 0.40/liter.
Apakah nilai ambang dan contoh-contoh untuk minuman-minuman tersebut?
Kepala Kod Tarif | Kategori | Nilai ambang total sugar | Kadar Duti Eksais | Contoh |
---|---|---|---|---|
2009 | Jus buah-buahan atau jus sayur-sayuran sama ada mengandungi gula tambahan atau mengandungi bahan pemanis yang lain | >12 gram/100ml | RM 0.40/liter | Jus Oren, Jus Limau |
2202 | Minuman bergas, minuman tidak-beralkohol kecuali produk minuman berasaskan susu haiwan | >5 gram/100ml | RM 0.40/liter | Minuman Cola, Minuman Bertenaga Minuman Bergas |
2202 | Minuman berasaskan susu haiwan | >7 gram/100ml | RM 0.40/liter | Minuman susu berperisa coklat |
Apakah yang dimaksudkan dengan minuman yang sedia untuk diminum (ready to drink)?
Minuman yang sedia untuk diminum (ready to drink) adalah bermaksud minuman tersebut sedia untuk diminum tanpa melalui proses seterusnya seperti pembancuhan, pemanasan dan sebagainya tanpa mengambilkira bentuk pembungkusannya.
Apakah minuman bergula yang dikecualikan dari dikenakan duti eksais?
- mengandungi kandungan gula sama atau di bawah dari nilai ambang (threshold) kandungan gula (total sugars).
- tidak sedia untuk diminum (not ready to drink).
Saya adalah pengilang yang mengeluarkan produk minuman bergula. Perlukah saya dilesenkan?
Ya. Anda perlu dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 dan perlu mematuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan.
Berapakah bayaran lesen eksais untuk mengilang minuman bergula?
Bayaran lesen untuk mengilang minuman bergula adalah RM 200.00 setahun.
Saya juga mempunyai gudang untuk menyimpan minuman bergula. Adakah gudang saya perlu dilesenkan?
Gudang tersebut perlu dilesenkan di bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976 jika ia berada di premis yang berasingan dari kilang.Jika gudang tersebut berada di dalam premis mengilang yang sama, ia tidak perlu dilesenkan.
Sekiranya ia perlu dilesenkan, berapakah bayaran lesen gudang tersebut?
Bayaran lesen gudang adalah RM 2,400.00 setahun.
Bagaimanakah saya hendak mendapatkan maklumat lanjut berkaitan duti eksais ke atas minuman bergula?
Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui Portal Rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Pihak tuan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Kastam (Customs Call Center) di talian 1- 300- 88 – 8500 (Pertanyaan Umum) atau e-mel ccc@customs.gov.my