Pengenalan Kenderaan Bermotor
Soalan Lazim
Pengenalan Kenderaan Bermotor
Pengenalan Kenderaan Bermotor
Punca Kuasa
Duti Eksais merupakan duti yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Seksyen 6, Akta Eksais 1976 yang dikenakan ke atas barangan berduti yang dikilang oleh syarikat yang dilesenkan di bawah Seksyen 20, Akta Eksais 1976. Duti ini juga dikenakan ke atas barangan yang sama sewaktu diimport.
Liputan Barangan
Adakah semua kenderaan bermotor dikenakan duti eksais? YA.
Pengenaan duti eksais bagi kenderaan bermotor adalah diperincikan pada Perintah Duti Eksais (PDE) yang berkuat kuasa. Pada ketika ini, Perintah Duti Eksais 2022 (PDE 2022) adalah berkuat kuasa.
Bagi kenderaan bermotor, hanya terdapat sebahagian barangan pada Heading 87.03 dan Heading 87.11 yang dliliputi dalam PDE 2022 dan dikenakan duti eksais pada kadar 10% sehingga ke 105% bergantung kepada jenis dan kapasiti enjin kenderaan bermotor tersebut.

Saya adalah pengilang pemasangan kenderaan yang mengimport kenderaan sedan dalam bentuk tercurai/ complete knocked down (CKD) menggunakan enjin berkuasa petrol berkapasiti 1,499 c.c. Adakah barangan tersebut dikenakan duti eksais?
Tidak. Kenderaan tersebut dalam bentuk CKD adalah tidak tertakluk di bawah PDE 2022.
Saya ingin membeli kereta sedan complete built up (CBU) menggunakan enjin berkuasa petrol berkapasiti 1,499 c.c. Adakah barangan tersebut dikenakan duti eksais?
Ya. Kenderaan tersebut adalah tertakluk di bawah PDE 2022 dan duti eksais ditetapkan pada kadar 75%.
Saya ingin membeli bas dengan kapasiti penumpang sebanyak 44 orang termasuk pemandu. Adakah barangan tersebut dikenakan duti eksais?
Tidak. Bas dengan kapasiti penumpang sebanyak 44 orang termasuk pemandu adalah tidak tertakluk di bawah PDE 2022.
Saya ingin membeli motosikal berkuasa 249 c.c. Adakah barangan tersebut dikenakan duti eksais?
Ya. Kenderaan tersebut adalah tertakluk di bawah PDE 2022 dan duti eksais ditetapkan pada kadar 30%.
Saya ingin membeli basikal lumba yang berharga RM100,000.00 Adakah barangan tersebut dikenakan duti eksais?
Tidak. Basikal lumba bukan kenderaan bermotor dan tidak tertakluk di bawah PDE 2022.
Saya ingin membeli basikal yang mempunyai enjin elektrik sebagai sumber kuasa dan juga pedal sekiranya kuasa enjin tersebut tiada. Adakah barangan tersebut dikenakan duti eksais?
Ya. Kenderaan tersebut adalah tertakluk di bawah PDE 2022 dan duti eksais ditetapkan pada kadar 10%.