Soalan -Soalan Lazim (FAQ) Terhadap Sistem MyExcise Yang Akan Dilaksanakan Pada 13 Mac 2023
Apakah itu Sistem MyExcise?
Sistem MyExcise adalah sistem online yang disediakan untuk kemudahan pelesen dan pengilang eksais bagi mendaftar syarikat, memohon lesen eksais, dan mengikrar Borang Eksais No. 7 dan 8, serta membuat pembayaran duti eksais tempatan secara online.
Siapakah Pengguna Sistem MyExcise?
Pengguna sistem MyExcise adalah pelesen, pengilang eksais dan pegawai JKDM.
Dimanakah maklumat Sistem MyExcise boleh didapati?
Sistem MyExcise boleh didapati di Portal Rasmi JKDM http://www.customs.gov.my pada menu ePerkhidmatan / eServices dan pilih ikon MyExcise.
Bilakah sistem ini dilaksanakan?
Sistem ini akan dilaksanakan pada 13 Mac 2023.
Adakah modul yang terdapat di dalam Sistem MyExcise?
- Application (Customs Account, Company, Licence, Guarantee)
- Licence Registration (Licence, Finished Goods, Raw Material, User Administration)
- Excise 7 (General Goods, Sweetened Beverages, Vehicle)
- Excise 8 (General Goods, Sweetened Beverages, Vehicle)
- Assembly Plant (Vehicle Only)
- Payment
- Maintenance
- Report
Apakah produk eksais yang terlibat semasa pelaksanaan Sistem MyExcise pada 13 Mac 2023?
Semua produk eksais terlibat kecuali Kenderaan.
Bilakah penggunaan Borang Eksais No. 7 dan 8 secara manual boleh digunakan?
Borang Eksais No. 7 dan 8 secara manual boleh digunakan sehingga 10 Mac 2023.
Adakah pengikraran Eksais No. 7 dan 8, dan pembayaran duti eksais tempatan boleh dilaksanakan di luar waktu pejabat?
Boleh. Sistem ini boleh diakses 7 hari seminggu, 24 jam.
Bilakah tarikh akhir untuk pegawai JKDM melengkapkan transaksi pengikraran Eksais No. 7 serta aktiviti pelesenan di Sistem Maklumat Kastam?
Tarikh akhir untuk pegawai JKDM melengkapkan transaksi pengikraran Eksais No. 7 serta aktiviti pelesenan di Sistem Maklumat Kastam adalah pada 10 Mac 2023.
Bagaimanakah borang-borang Eksais 7 bagi produk Minuman Bergula yang masih belum selesai pembayaran duti eksais pada bulan Februari 2023?
Untuk borang Eksais 7 yang masih belum selesai pembayaran duti eksais setelah migrasi data dilaksanakan, pegawai State Champion boleh menasihatkan pelesen untuk membuat pengikraran baru di Sistem MyExcise pada bulan Mac 2023.
Adakah pengikraran Eksais No. 7 dan 8, dan pembayaran duti eksais tempatan bagi kenderaan boleh menggunakan Sistem MyExcise?
Pengikraran Eksais No. 7 dan 8, dan pembayaran duti eksais tempatan bagi kenderaan tidak boleh menggunakan Sistem MyExcise. Walaubagaimanapun, pengikraran Eksais No. 7 dan 8, dan pembayaran duti eksais tempatan bagi kenderaan untuk Sistem MyExcise akan dilaksanakan bermula Jun 2023.
Dimanakah pengguna boleh mendapatkan ID untuk mengakses Sistem MyExcise? New User/Existing Licencee
Pengguna perlu mendaftar di Portal MyExcise https://www.myexcise.customs.gov.my/myexcise menggunakan emel yang aktif untuk mendapatkan temporary User ID.
Siapakah pegawai yang bertanggungjawab apabila Sistem MyExcise dilaksanakan?
Setelah sistem Go Live pada 13 Mac 2023, pegawai State Champion yang merupakan pegawai Eksais Negeri yang dilantik bertanggungjawab untuk memastikan pegawai Eksais Negeri dan pelesen berdaftar dan boleh mengakses Sistem MyExcise.
Dimanakah pelesen atau pegawai JKDM boleh mendapatkan manual pengguna?
Manual Pengguna boleh didapati dari Portal MyExcise di link https://myexcise.customs.gov.my/myexcise/manual-pengguna/
Bagaimanakah saya hendak mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Sistem MyExcise?
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui Portal MyExcise di laman sesawang https://myexcise.customs.gov.my/ Pihak tuan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan Kastam (Customs Call Center) di talian 1-300-88-8500 (Pertanyaan Umum) atau e-mel ccc@customs.gov.my