Pengenalan Produk Tembakau Selain Rokok
Soalan Lazim
Pengenalan Produk Tembakau Selain Rokok
Pengenalan Produk Tembakau Selain Rokok
Punca Kuasa
Duti Eksais merupakan duti yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Seksyen 6, Akta Eksais 1976 yang dikenakan ke atas barangan berduti yang dikilang oleh syarikat yang dilesenkan di bawah Seksyen 20, Akta Eksais 1976. Duti ini juga dikenakan ke atas barangan yang sama sewaktu diimport.
Liputan Barangan
Adakah kesemua produk tembakau (selain rokok) dikenakan duti eksais? YA.
Selain daripada produk tembakau, produk gantian tembakau (substituted tobacco) bukan rokok juga dikenakan duti eksais.
Pengenaan duti eksais bagi produk tembakau (selain rokok) dan produk gantian tembakau (substituted tobacco) bukan rokok adalah diperincikan pada Perintah Duti Eksais (PDE) yang berkuat kuasa. Pada ketika ini, Perintah Duti Eksais 2022 (PDE 2022) adalah berkuat kuasa.

Saya membeli sekotak curut yang diperbuat daripada tembakau di sebuah pasar raya. Adakah barangan tersebut dikenakan duti eksais?
Ya. Cerut tersebut telah dikenakan duti eksais pada kadar RM400.00 bagi setiap kilogram. Duti eksais telah dibayar semasa pengimportan atau semasa pelepasan daripada kilang.
Saya membeli sekotak curut yang diperbuat daripada bahan tumbuhan bukan tembakau di sebuah pasar raya. Adakah barangan tersebut dikenakan duti eksais?
Ya. Cerut tersebut telah dikenakan duti eksais pada kadar RM400.00 bagi setiap kilogram. Duti eksais telah dibayar semasa pengimportan atau semasa pelepasan daripada kilang.