Peranti Rokok Elektronik, Peranti Rokok Bukan Elektronik Dan Cecair / Gel Rokok Elektronik Termasuk Cecair / Gel Vape Tanpa Nikotin
Tatacara Pelesenan
Kaedah Kawalan
Penetuan Nilai Harga Pasaran Terbuka (HPT)
Pengikraran Borang
Tatacara Pelesenan
Tatacara Pelesenan
Tatacara Pembaharuan Lesen
- Pengilang hendaklah memohon lesen eksais di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di mana premis pengilang/gudang berada
- Pengilang hendaklah memohon lesen eksais di stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di mana premis pengilang/gudang berada.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
- Surat permohonan lesen eksais;
- Borang JKDM No. 1 (seperti di LAMPIRAN A) yang lengkap diisi;
- Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk Sabah, Sarawak danWilayah Persekutuan Labuan;
- Salinan lesen di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM);
- Pelan dan lukisan premis pengilangan;
- Senarai barang mentah (seperti di LAMPIRAN I) ;
- Senarai bahan siap(seperti di LAMPIRAN II) ;
- Carta alir proses pengilangan;
- Kapasiti pengeluaran setahun (seperti di LAMPIRAN III); dan
- Pengakuan Mengenai Kandungan Nikotin dalam Cecair/Gel Rokok Elektronik (seperti di LAMPIRAN IV).
- Bayaran lesen untuk pengilangan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 adalah sebanyak RM4,800.00 setahun.
- Bayaran lesen untuk penggudangan di bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976 adalah sebanyak RM2,400.00 setahun.
- Jaminan Bank hendaklah disediakan oleh pengilang/pemilik gudang bagi menjamin keselamatan hasil duti/cukai.
Pembaharuan Lesen
Permohonan pembaharuan lesen hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Kanan Eksais stesen yang mengawal selewat-lewatnya 90 hari sebelum tarikh lesen tamat seperti kehendak Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Eksais 1977.
- Lesen boleh diperbaharui untuk tempoh 1 atau 2 tahun mengikut budi bicara Ketua Pengarah Kastam.
- Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah:
- Surat permohonan pembaharuan lesen eksais;
- Maklumat tentang perubahan pemilikan, ahli kongsi atau lembaga pengarah; dan
- Maklumat tentang perubahan pada premis pengilangan/gudang.
- Satu laporan pembaharuan lesen (seperti di Lampiran V) perlu dikemukakan oleh Pen. KP/PKN kepada Ibu Pejabat untuk kelulusan.
Kaedah Kawalan
Kaedah Kawalan
Kaedah Kawalan Kilang dan Gudang
- Pengilang yang dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 untuk mengilang peranti dan cecair vape tanpa nikotin dikawal secara dokumentasi.
- Pelesen dikehendaki menyedia, menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod berkaitan perkara berikut:
- Rekod Stok Barang Yang Disimpan;
- Rekod Barang Yang Diterima Masuk;
- Rekod Penghantaran Barang Keluar;
- Borang Eksais 7;
- Borang Eksais 8; dan
- Sistem Perakaunan Yang Teratur.
Penetuan Nilai Harga Pasaran Terbuka (HPT)
Penetuan Nilai Harga Pasaran Terbuka (HPT) Untuk Tujuan Melevi Duti Eksais Barangan Tempatan dan Pemindahan
Penentuan Nilai HPT
- Penentuan nilai HPT hendaklah ditentukan sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Eksais (Penentuan Nilai Barang-Barang Yang Dikilangkan Secara Tempatan Bagi Maksud Melevi Duti Eksais) 2019.
- HPT yang telah ditentukan hendaklah digunakan semasa mengikrar Borang Eksais 7 untuk tujuan pembayaran duti dan Borang Eksais 8 untuk tujuan pemindahan.
Pengikraran Borang
Pengikraran Borang
Pengikraran Borang Eksais 7
- Pengilang hendaklah membuat pengikraran dalam Borang Eksais 7 bagi bayaran duti eksais ke atas peranti rokok elektronik, peranti rokok bukan elektronik dan cecair/gel rokok elektronik termasuk cecair/gel vape tanpa nikotin yang dibawa keluar dari kilang/gudang berlesen eksais.
- Borang Eksais 7 hendaklah digunakan oleh pelesen untuk memohon pelepasan barangan berduti eksais dari premis eksais untuk pasaran tempatan.
- Duti eksais hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum barangan berduti dilepaskan dari premis berlesen. Barangan berduti eksais hendaklah diikrar dalam Borang Eksais 7 untuk kelulusan dan bayaran mengikut peruntukan di bawah Seksyen 28 Akta Eksais 1976.
- Barangan ini adalah berduti di PBC iaitu Labuan, Langkawi, Pangkor dan Tioman serta untuk jualan runcit di bawah Seksyen 6A, Akta Zon Bebas 1990 di Zon Bebas. Pelepasan bagi tujuan ini hendaklah diikrar dalam Borang Eksais 7 dan dibayar duti.
- Pengilang/pelesen hendaklah membuat bayaran di kaunter kesyer stesen pengawal sebaik sahaja kelulusan pengikraran diperoleh bagi barangan berduti eksais.
- Bayaran duti boleh dijelaskan melalui bayaran dalam bentuk tunai/bank deraf/cek berpalang atas nama Pengarah Kastam Negeri. Resit pembayaran perlu dicetak di atas Borang Eksais 7 yang berkenaan.
Pengikraran Borang Eksais 8
- Pemindahan peranti rokok elektronik, peranti rokok bukan elektronik dan cecair/gel rokok elektronik termasuk cecair/gel vape tanpa nikotin dari premis pengilangan yang dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 atau Gudang Eksais di bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976 ke tempat-tempat berikut hendaklah menggunakan Borang Eksais 8:
- Gudang Berlesen di bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976
- Gudang Berlesen di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967 untuk tujuan dieksport dan bekalan kapal sahaja;
- Kedai Bebas Cukai (KBC);
- Stesen Eksport; dan
- Zon Bebas untuk tujuan eksport;