Pengenalan Pra-Campuran
Pergerakan Barang
Pengenaan Duti Eksais Ketika Pengimportan
Pengecualian di bawah Perintah Duti Eksais (Pengecualian) 2022
Tatacara Pelesanan
Pengenalan Pra-Campuran
Pengenalan Pra-Campuran
Pengenalan Pra -Campuran
- Pengenaan duti eksais ke atas minuman bergula telah dilaksanakan sejak 1 Julai 2019. Rentetan pengenaan duti eksais ke atas minuman bergula yang telah berjaya mencapai misi penurunan kandungan gula di dalam minuman yang sedia diminum di pasaran, Kementerian Kewangan telah memperluas skop pengenaan duti eksais kepada produk penyediaan pracampuran. Bagi menyokong misi ini, pengenaan duti eksais ke atas produk penyediaan pracampuran akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2023 tertakluk kepada Perintah Duti Eksais 2022.
- Pengenaan duti eksais adalah ke atas produk penyediaan pracampuran yang tersenarai di bawah Perintah Duti Eksais (Pindaan) 2022 dengan jumlah kandungan gulanya melebihi nilai ambang 33.3gm bagi setiap 100gm produk.
Pengenaan duti eksais ke atas pengilang tempatan di bawah Seksyen 20 dan 25 Akta Eksais 1976
- Pengilang yang mengilang produk penyediaan pracampuran perlu dilesenkan di bawah seksyen 20 Akta Eksais 1976 termasuk pengilang yang telah dilesenkan sebagai pengilang berlesen eksais minuman bergula.
- Sekiranya pengilang berlesen eksais mempunyai gudang bagi menyimpan produk penyediaan pracampuran di luar premis kilang yang dilesenkan, gudang tersebut perlu dilesenkan di bawah seksyen 25 Akta Eksais 1976.
- Sekiranya pengilang adalah pengilang berlesen minuman bergula, pengilangan produk penyediaan pracampuran hendaklah dilesenkan secara berasingan daripada produk minuman bergula.
- Permohonan lesen di bawah Seksyen 20 dan Seksyen 25, Akta Eksais 1976 adalah tertakluk kepada suatu Jaminan Bank yang bersamaan dengan 15% daripada jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti eksais yang dikira ke atas keluaran barang yang dikilang di dalam premis yang dilesenkan di bawah Akta Eksais 1976.
- Semua permohonan lesen akan diberi kelulusan berkuatkuasa 1 Januari 2023 setelah pembayaran fi lesen dijelaskan.
- Fi lesen iaitu bagi pelesenan kilang di bawah Seksyen 20 adalah sebanyak RM200.00 setahun dan bagi pelesenan gudang di bawah Seksyen 25, Akta Eksais 1976 adalah RM2,400.00 setahun.
Pergerakan Barang
Pergerakan Barang
Pemindahan Produk
- Pemindahan produk penyediaan pracampuran dari pengilang berlesen dibolehkan menggunakan kenderaan selain daripada pengangkut berlesen (licence carrier) dengan kelulusan bertulis daripada Pen. KPK / POP / PKN.
- Pemindahan produk penyediaan pracampuran dari kilang / gudang berlesen boleh berlaku dalam tiga keadaan iaitu:
- a) Pemindahan barang berduti selain ke gudang / eksport
- Pengikraran pemindahan barang berduti pengilang / gudang berlesen adalah menggunakan Borang Eksais No. 7;
- Pengikraran dan pembayaran adalah bagi tempoh satu (1) bulan kalendar, selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya;
- Pengikraran Borang Eksais No. 7 ini hanya menggunakan satu (1) borang sahaja yang disertakan bersama Penyata Pemindahan Produk Berduti Eksais Menggunakan Borang Eksais No.7 (Lampiran A1);
- Lampiran A1 perlu juga dibuat dalam bentuk Excel (softcopy) dan dihantar kepada pegawai yang hak melalui emel; dan
- Contoh pengikraran borang bagi pemindahan barangan berduti adalah seperti di Lampiran B1 berserta dengan Penyata Pemindahan Produk Berduti Eksais seperti di Lampiran A1.
- b) Pemindahan barang dikecualikan selain ke gudang / eksport
- Laporan ujian makmal dari makmal yang diakreditasikan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) adalah diperlukan daripada pengilang untuk mengesahkan jumlah kandungan gula adalah di bawah nilai ambang;
- Pemindahan barang ke pasaran tempatan untuk produk dikecualikan duti adalah diikrar menggunakan Borang Eksais No. 7;
- Pemindahan barang berduti dari kilang / gudang berlesen selain ke gudang / eksport diikrar menggunakan Borang Eksais No. 7 yang berasingan.
- Pengikraran adalah bagi tempoh satu (1) bulan kalendar, selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya;
- Pengikraran Borang Eksais No. 7 ini hanya menggunakan satu (1) borang sahaja yang disertakan bersama Penyata Pemindahan Produk Dikecualikan Duti Eksais Menggunakan Borang Eksais No.7 (Lampiran A2);
- Lampiran A2 perlu dibuat dalam bentuk Excel (softcopy) dan dihantar kepada pegawai yang hak melalui emel;
- Sekiranya terdapat keraguan, pegawai penaksir berhak untuk mengambil sampel dan menghantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa;
- Contoh pengikraran borang bagi barang dikecualikan adalah seperti di Lampiran B2 berserta dengan Penyata Pemindahan Produk Dikecualikan Duti Eksais seperti di Lampiran A2.
-
Pengagihan salinan-salinan Borang Eksais No.7 adalah seperti berikut:
Salinan asal – untuk stesen kastam yang mengawal
Salinan kedua & ketiga– untuk pengilang berlesen - Pemindahan ke gudang berlesen di bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976 dan Kedai Bebas Cukai
- Pengikraran Borang Eksais No. 8 secara bulanan bagi tempoh satu (1) bulan kalendar selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya;
- Pengikraran Borang Eksais No. 8 ini hanya menggunakan satu (1) borang sahaja yang disertakan bersama Penyata Pemindahan Menggunakan Borang Eksais No.8 ke gudang berlesen Di Bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976 dan Kedai Bebas Cukai (Lampiran A3);
- Lampiran A3 perlu dibuat dalam bentuk Excel (softcopy) dan dihantar kepada pegawai yang hak melalui emel;
- Contoh borang pengikraran adalah seperti di Lampiran B3 berserta dengan Penyata Pemindahan Menggunakan Eksais No.8 ke gudang berlesen Di Bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976 dan Kedai Bebas Cukai seperti di Lampiran A3;
- Pemindahan hendaklah dilindungi dengan jaminan bank serta syaratsyarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah untuk menjamin duti yang terlibat;
-
Pengagihan salinan-salinan Borang Eksais No.8 adalah seperti berikut:
Salinan asal – untuk stesen kastam yang mengawal
Salinan kedua – untuk pemohon
Salinan ketiga /keempat – untuk diserahkan ke stesen kastam penerima (stesen eksport) dan salinan keempat yang telah disahkan eksport hendaklah dikembalikan ke stesen penghantar untuk tujuan imbangan; - Pemindahan ke pelabuhan, gudang berlesen Seksyen 65 Akta Kastam 1967, Pulau Bebas Cukai dan Zon Bebas untuk tujuan eksport
- Pengikraran Borang Eksais No. 8 secara bulanan bagi tempoh satu (1) bulan kalendar selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya yang lengkap bersama Borang Kastam No. 2 atau nombor daftar muatan eksport (manifes);
- Pengikraran Borang Eksais No. 8 ini hanya menggunakan satu (1) borang sahaja yang disertakan bersama Penyata Pemindahan Menggunakan 4 Borang Eksais No.8 untuk tujuan eksport ke Luar Negara dan Kawasan Ditetapkan (Lampiran A4);
- Lampiran A4 perlu dibuat dalam bentuk Excel (softcopy) dan dihantar kepada pegawai yang hak melalui emel;
- Contoh borang pengikraran adalah seperti di Lampiran B4 berserta dengan senarai pergerakan barang seperti di Lampiran A4;
- Pemindahan hendaklah dilindungi dengan jaminan bank serta syaratsyarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah untuk menjamin duti yang terlibat.
- Pengagihan salinan-salinan Borang Eksais No.8 adalah seperti berikut:
Salinan asal – untuk stesen kastam yang mengawal Salinan kedua – untuk pemohon
Salinan ketiga / keempat – untuk diserahkan ke stesen kastam penerima (stesen eksport) dan salinan keempat yang telah disahkan eksport hendaklah dikembalikan ke stesen penghantar untuk tujuan imbangan
Pengenaan Duti Eksais Ketika Pengimportan
Pengenaan Duti Eksais
Pengenaan Duti Eksais Ketika Pengimportan
- Pelepasan dagangan import bagi produk penyediaan pracampuran hendaklah diikrar dalam Borang K1.
- Pegawai perlu memastikan deskripsi barang, kod tarif, kuantiti, jumlah kandungan gula dan duti diikrar dengan betul di dalam borang kastam selari dengan invois / packing list.
- Pengimportan barang dengan jumlah kandungan gula di bawah nilai ambang disemak berdasarkan label produk atau melalui laporan ujian makmal bagi mengesahkan jumlah kandungan gula tersebut.
- Sekiranya berlaku pertikaian penjenisan ketika pengimportan barangan, pengimport boleh membuat permohonan pembayaran duti secara bantahan (pay under protest) dan pegawai penaksir dikehendaki memproses permohonan 5 tersebut dan dihantar ke Bahagian PERTEK, Ibu Pejabat selaras Seksyen 8A dan 8B, Akta Eksais 1976.
- Pengiraan cukai bagi produk penyediaan pracampuran ketika proses pengimportan.
Duti Import = Nilai Kastam x Kadar Duti Import
Duti eksais = Kuantiti (gram) x kadar duti eksais
Cukai Jualan = (Nilai Kastam + Duti Import + Duti Eksais) x Kadar Cukai Jualan
Contoh pengiraan:
Penyediaan pracampuran coklat di bawah kod tarif 1806.10.0000 sebanyak 20,000 sachet dengan kandungan 35gm per sachet dan bernilai RM10,000.00. Kandungan gula adalah sebanyak 34g/100g. Duti import 10%, duti eksais RM0.47/100gm dan cukai jualan 10%.
Duti Import = Nilai Kastam x kadar duti import
= RM 10,000.00 x 10%
= RM 1,000.00
Duti eksais = Kuantiti (gram) x kadar duti eksais
= (20,000 x 35gram) x RM 0.47 per 100gm
= 700,000 gram x RM 0.47 per 100gm
= RM 3,290.00
Cukai Jualan = (Nilai Kastam + Duti Import + Duti Eksais) x Kadar Cukai Jualan
= (RM 10,000.00 + RM 1,000.00 + RM 3,290.00) x 10%
= RM 14,290 x 10% = RM 1,429.00 - Bayaran duti boleh dijelaskan melalui bayaran dalam bentuk tunai/bank deraf/cek berpalang atas nama Pengarah Kastam Negeri. Resit pembayaran perlu dicetak di atas Borang Eksais 7 yang berkenaan.
Pengecualian di bawah Perintah Duti Eksais (Pengecualian) 2022
Pengikraran Borang
Pengikraran Borang Eksais 7
- Pengilang hendaklah membuat pengikraran dalam Borang Eksais 7 bagi bayaran duti eksais ke atas peranti rokok elektronik, peranti rokok bukan elektronik dan cecair/gel rokok elektronik termasuk cecair/gel vape tanpa nikotin yang dibawa keluar dari kilang/gudang berlesen eksais.
- Borang Eksais 7 hendaklah digunakan oleh pelesen untuk memohon pelepasan barangan berduti eksais dari premis eksais untuk pasaran tempatan.
- Duti eksais hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum barangan berduti dilepaskan dari premis berlesen. Barangan berduti eksais hendaklah diikrar dalam Borang Eksais 7 untuk kelulusan dan bayaran mengikut peruntukan di bawah Seksyen 28 Akta Eksais 1976.
- Barangan ini adalah berduti di PBC iaitu Labuan, Langkawi, Pangkor dan Tioman serta untuk jualan runcit di bawah Seksyen 6A, Akta Zon Bebas 1990 di Zon Bebas. Pelepasan bagi tujuan ini hendaklah diikrar dalam Borang Eksais 7 dan dibayar duti.
- Pengilang/pelesen hendaklah membuat bayaran di kaunter kesyer stesen pengawal sebaik sahaja kelulusan pengikraran diperoleh bagi barangan berduti eksais.
- Bayaran duti boleh dijelaskan melalui bayaran dalam bentuk tunai/bank deraf/cek berpalang atas nama Pengarah Kastam Negeri. Resit pembayaran perlu dicetak di atas Borang Eksais 7 yang berkenaan.
Pengikraran Borang Eksais 8
- Setiap bungkusan minuman bergula hendaklah dilabelkan sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
- Gudang Berlesen di bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976
- Gudang Berlesen di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967 untuk tujuan dieksport dan bekalan kapal sahaja;
- Kedai Bebas Cukai (KBC);
- Stesen Eksport; dan
Tatacara Pelesanan
Tatacara Pelesenan
Tatacara Permohonan Lesen
- Syarikat hendaklah memohon lesen eksais di stesen JKDM di mana premis pengilangan/penggudangan berada.
-
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
- Surat permohonan rasmi daripada syarikat;
- Borang JKDM No. 1 (seperti di Lampiran C) yang lengkap diisi;
- Sijil Pendaftaran Perniagaan atau Syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan;
- Salinan lesen di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Surat kelulusan dari MIDA (jika ada);
- Carta organisasi syarikat/perniagaan;
- Memorandum And Articles of Association;
- Pelan premis pemegang lesen;
- Senarai bahan mentah (seperti di Lampiran D);
- Senarai barang siap (seperti di Lampiran E);
- Laporan makmal dari makmal-makmal yang telah diakreditasi oleh JSM bagi setiap jenis barang siap yang di bawah nilai ambang (jika ada);
- Baki stok bahan mentah dan barang siap sebelum tarikh kuat kuasa;
- Senarai mesin dan peralatan (seperti di Lampiran F);
- Carta alir proses pengilangan;
- Ratio penggunaan (nisbah input:output) bahan mentah:barang siap (seperti di Lampiran G);
- Kapasiti pengeluaran setahun (seperti di Lampiran H); dan
- Pengilang berlesen dan pemegang lesen perlu mematuhi tanggungjawab seperti di Lampiran B.
- Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Pegawai yang hak di mana premis pengilangan berada.
- Bayaran lesen mengilang produk penyediaan pracampuran untuk pengilang berlesen di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 adalah sebanyak RM200.00 setahun.
- Bayaran lesen menggudang produk penyediaan pracampuran untuk pemegang lesen di bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976 adalah sebanyak RM2,400.00 setahun.
- Jaminan Bank hendaklah disediakan oleh pengilang berlesen dan pemegang lesen berdasarkan 15% daripada jumlah purata bulanan bagi tempoh setahun ke atas duti eksais yang dikira ke atas keluaran barang yang di kilang dalam premis yang dilesenkan di bawah Akta Eksais 1976 .
- Lesen berserta dengan syarat-syarat lesen akan dikeluarkan setelah jaminan bank dan bayaran fi lesen dijelaskan dalam tempoh yang diberikan. Syaratsyarat tersebut hendaklah difahami dan ditandatangani oleh pemilik syarikat, pengarah urusan, setiausaha syarikat atau wakil syarikat yang sah dengan disaksikan oleh pegawai yang hak. Wakil pengilang berlesen dan pemegang lesen mesti mempunyai surat lantikan yang sah oleh syarikat.
Tanggungjawab Pengilang Berlesen Dan Pemegang Lesen
- Mematuhi arahan dan syarat-syarat lesen yang dikenakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
- Membayar kekurangan duti yang terkurang pungut, jika ada.
- Pengilang berlesen dan pemegang lesen dikehendaki mematuhi, menyedia, menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod penuh dan benar berkaitan perkara berikut:
- Bahan-bahan mentah dan barang-barang lain yang digunakan dalam pengilangan berlesen yang diterima, digunakan dalam pengilangan berlesen dan baki yang disimpan dalam stor;
- Keluaran separa-siap atau sebahagiannya telah siap dalam pengilangan berlesen;
- Menyelenggara satu Sistem Perakaunan yang teratur;
- Sisa-sisa keluaran;
- Dokumen-dokumen pengecualian;
- Dokumen-dokumen pengikraran Kastam dan Eksais; dan
- Keluaran barang siap yang dikilang, disimpan dan dipindahkan dari premis berlesen.
- Pemegang lesen dikehendaki menghantar penyata bulanan kepada pegawai yang hak sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam tidak lewat daripada 10 hari bulan berikutnya.
-
Pengilang berlesen dan pemegang lesen hendaklah mematuhi, menyedia, menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod penuh dan benar berkaitan perkara berikut:
- Kuantiti dan deskripsi barang berduti yang diterima masuk dan yang dikeluarkan dari gudang berlesen;
- Menyelenggara satu Sistem Perakaunan yang teratur; dan
- Mengemukakan kepada pegawai yang hak penyata stok sebagaimana yang dikehendaki olehnya.
- Pengilang berlesen dan pemegang lesen tidak boleh menyimpan barang selain barang berduti eksais di premis berlesen eksais tanpa kelulusan Pen. KPK/POP/PKN.