Pengenalan Minuman Keras
Soalan Lazim
Pengenalan Minuman Keras
Pengenalan Minuman Keras
Punca Kuasa
Duti Eksais merupakan duti yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Seksyen 6, Akta Eksais 1976 yang dikenakan ke atas barangan berduti yang dikilang oleh syarikat yang dilesenkan di bawah Seksyen 20, Akta Eksais 1976. Duti ini juga dikenakan ke atas barangan yang sama sewaktu diimport.
Liputan Barangan
Adakah kesemua minuman keras dikenakan duti eksais? YA.
Pengenaan duti eksais bagi minuman keras adalah diperincikan pada Perintah Duti Eksais (PDE) yang berkuat kuasa. Pada ketika ini, Perintah Duti Eksais 2022 (PDE 2022) adalah berkuat kuasa.
Bagi minuman keras, kadar duti yang dikenakan adalah pelbagai bergantung kepada jenis minuman keras tersebut. Sebagai contoh, bir dikenakan duti eksais sebanyak RM175.00 per 100% vol. per litre. Contoh kiraan duti adalah seperti jadual di bawah.
Barangan | Kiraan Duti Eksais |
---|---|
Sebotol bir dengan isipadu 750 mℓ dengan kekuatan alkohol 6%. | Duti eksais
Isipadu (liter) x Kekuatan alkohol (peratusan) x kadar (RM175.00) = 0.75 ℓ x 0.06 x RM 175.00 = RM 7.88 |
Ciri-Ciri Keselamatan
Bagi menangani minuman keras dijual secara haram (illicit liquors), setem cukai diguna pakai dengan ciri-ciri keselamatan bagi tujuan pegecaman.
Soalan Lazim
Soalan Lazim
Saya membeli sekotak rokok pek 20 batang berharga RM12.00 dengan setem cukai Malaysia Duty Paid (MDP) daripada kedai runcit. Adakah barangan tersebut dikenakan duti eksais?
Ya. Rokok tersebut telah dikenakan duti eksais pada kadar RM0.40 sebatang dan secara keseluruhannya RM8.00 sekotak. Duti eksais telah dibayar semasa pengimportan atau semasa pelepasan daripada kilang.
Saya membeli sekotak rokok pek 20 batang berharga RM6.00 tanpa setem cukai. Adakah barangan tersebut dikenakan duti eksais?
Rokok adalah tertakluk kepada PDE 2022 dan dikenakan duti eksais pada kadar RM0.40 sebatang dan secara keseluruhannya RM8.00 sekotak. Memandangkan sekotak rokok tersebut dijual pada harga di bawah duti eksais, terdapat kemungkinan besar barangan tersebut adalah rokok haram.
Saya membeli sekotak rokok pek 20 batang berharga RM10.00 dengan setem cukai Malaysia Duty Not Paid (MDNP) daripada kedai runcit di Puchong. Adakah barangan tersebut dikenakan duti eksais?
Tidak. Rokok dengan setem cukai MDNP adalah tidak dikenakan duti eksais kerana tidak dipasarkan bagi jualan di Kawasan Utama Kastam.