Apa itu Duti Eksais?

Duti Eksais merupakan duti yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Seksyen 6, Akta Eksais 1976 yang dikenakan ke atas barangan berduti yang dikilang oleh syarikat yang dilesenkan di bawah Seksyen 20, Akta Eksais 1976. Duti ini juga dikenakan ke atas barangan yang sama sewaktu diimport.

Barangan tertakluk kepada Duti Eksais diwartakan dalam Perintah Duti Eksais 2017. Barangan tersebut adalah:

  1. Minuman Bergula
  2. Kenderaan Bermotor
  3. Minuman Keras
  4. Rokok termasuk Tembakau dan Cerut
  5. Mahjong Tiles
  6. Daun Terup